Kursus Hak Kanak-Kanak Untuk Pegawai Penjara Oleh SUHAKAM
PLPP, Taiping - Kursus Hak Kanak-Kanak kepada seramai 22 orang peserta kursus Gred KX20 dan KX17 telah dianjurkan oleh Pusat Latihan Pegawai Penjara Taiping pada 20 hingga 23 November 2011. Seramai lima orang penceramah daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) telah memberikan komitmen yang menggalakkan penglibatan peserta kursus mengambil bahagian mendapatkan input yang berfaedah sebagai asas dan panduan sewaktu melaksanakan tugas. Majlis penutupan kursus telah disempurnakan oleh TPP Ismawi bin Ismail, Timbalan Komandan ( Latihan ) yang menyampaikan cenderamata penghargaan Jabatan kepada Pn. Hasmah binti Abdul Manaf, Penolong Setiausaha Bahagian Pendidikan Dan Promosi SUHAKAM.